Allah Bersifat Wahdaniah
Objektif:
1. Murid dapat menyatakan pengertian sifat wahdaniah.
2. Murid dapat mengetahui dalil Allah itu bersifat wahdaniah.
Wahdaniah itu adalah sifat keenam daripada sifat Allah yang 20. Wahdaniah bermaksud satu, esa, tiada dua dan tunggal.
Dikatakan Allah itu satu kerana terbukti di dalam kalimah syahadah yang pertama iaitu "أشهد أن لا إله إلا الله" yang bermaksud "aku bersaksi tiada tuhan yang disembah melainkan Allah". Allah ialah Tuhan yang satu dan tiada tuhan lagi selain-Nya.
Dikatakan Allah itu Esa berdasarkan suatu dalil Allah di dalam surah al-Ikhlas
ayat
1 "قل هو الله أحد" yang bermaksud "katakanlah (wahai Muhammad):
Dialah Allah yang Maha Esa".
Dalam suatu riwayat dikemukakan bahwa kaum musyrikin meminta penjelasan
tentang sifat-sifat Allah kepada Rasulullah saw. dengan berkata: "Jelaskan kepada
kami sifat-sifat Tuhanmu." Lalu surah al-Ikhlas turun berkenaan dengan peristiwa itu sebagai tuntunan untuk menjawab permintaan kaum musyrikin. (Diriwayatkan
oleh at-Tirmidzi, al-Hakim dan Ibnu Khuzaimah dari Abi Aliyah yang bersumber dari Ubay bin Ka'ab. Diriwayatkan pula oleh at-Thabarani dan Ibnu Jarir yang bersumber
dari Jabir bin Abdillah dan dijadikan dalil bahwa surat ini Makkiyah.)
Dikatakan tiada dua dan tunggal kerana cuma Allah sahaja Tuhan yang satu dan disembah oleh semua umat Islam, juga terjawab di dalam kalimah syahadah dan
ayat surah al-Ikhlas tadi.
No comments:
Post a Comment