Thursday 10 May 2012
Monday 30 April 2012
Friday 27 April 2012
ADAB
Adab Dan Tatatertib
Melawat Orang Mati
Dari
Ummi Salamah katanya: Rasulullah s.a.w telah masuk menziarahi Abu Salamah
sedang mata Abu Salamah terbuka, lalu Nabi s.a.w menutupnya, kemudian Baginda
bersabda:
“Sesungguhnya
roh apabila ia diambil oleh Malaikat akan diturut oleh pandangan mata (si mati
itu)”; (mendengar yang demikian) sebahagian dari keluarganya riuh rendah
(menangis dan menyebut-nyebut kemalangan yang mendukacitakan mereka), lalu
Baginda s.a.w bersabda:
“Janganlah
kamu menyebut-nyebut perkara-perkara yang buruk yang merosakkan kamu, tetapi
sebutlah perkara-perkara yang baik, kerana Malaikat memohon supaya Tuhan
kabulkan apa yang kamu katakan – baik atau buruk”, kemudian Baginda s.a.w
berdoa dengan sabdanya:
“Ya
Tuhanku! Ampunkanlah dosa Abu Salamah dan tinggikanlah darjatnya bersama orang-orang
yang mendapat hidayah pertunjuk, dan jadilah sebagai gantinya untuk mengurus
dan melindungi keluarganya yang ditinggalkan, dan ampunkanlah bagi kami dan
baginya Ya Rabbal alamin, dan lapangkanlah kuburnya serta berilah kepadanya
cahaya yang menerangi kuburnya.”
Wednesday 25 April 2012
Tuesday 24 April 2012
Monday 23 April 2012
Sunday 22 April 2012
Wahdaniah - Akidah
Allah Bersifat Wahdaniah
Objektif:
1. Murid dapat menyatakan pengertian sifat wahdaniah.
2. Murid dapat mengetahui dalil Allah itu bersifat wahdaniah.
Wahdaniah itu adalah sifat keenam daripada sifat Allah yang 20. Wahdaniah bermaksud satu, esa, tiada dua dan tunggal.
Dikatakan Allah itu satu kerana terbukti di dalam kalimah syahadah yang pertama iaitu "أشهد أن لا إله إلا الله" yang bermaksud "aku bersaksi tiada tuhan yang disembah melainkan Allah". Allah ialah Tuhan yang satu dan tiada tuhan lagi selain-Nya.
Dikatakan Allah itu Esa berdasarkan suatu dalil Allah di dalam surah al-Ikhlas
ayat
1 "قل هو الله أحد" yang bermaksud "katakanlah (wahai Muhammad):
Dialah Allah yang Maha Esa".
Dalam suatu riwayat dikemukakan bahwa kaum musyrikin meminta penjelasan
tentang sifat-sifat Allah kepada Rasulullah saw. dengan berkata: "Jelaskan kepada
kami sifat-sifat Tuhanmu." Lalu surah al-Ikhlas turun berkenaan dengan peristiwa itu sebagai tuntunan untuk menjawab permintaan kaum musyrikin. (Diriwayatkan
oleh at-Tirmidzi, al-Hakim dan Ibnu Khuzaimah dari Abi Aliyah yang bersumber dari Ubay bin Ka'ab. Diriwayatkan pula oleh at-Thabarani dan Ibnu Jarir yang bersumber
dari Jabir bin Abdillah dan dijadikan dalil bahwa surat ini Makkiyah.)
Dikatakan tiada dua dan tunggal kerana cuma Allah sahaja Tuhan yang satu dan disembah oleh semua umat Islam, juga terjawab di dalam kalimah syahadah dan
ayat surah al-Ikhlas tadi.
Saturday 21 April 2012
Thursday 19 April 2012
Wednesday 18 April 2012
IBADAH ( ISTIJA' )
ISTINJA'
PENGERTIAN
ISTINJA’
Istinja’
bererti menghilangkan najis yang keluar dari qubul atau dubur dengan air atau
batu atau benda keras yang seumpama batu serta suci, dapat menghilangkan najis
dan tidak haram menggunakannya.
HUKUM
ISTINJA’
Hukum
istinja’ untuk menghilangkan najis adalah wajib.
Sunat
beristinja’ dengan batu kemudian dibasuh dengan air.
Harus
memilih untuk beristinja’ dengan hanya menggunakan air sahaja atau menggunakan
sekurang-kurangnya tiga biji batu jika dapat menghilangkan najis.
Walaubagaimanapun, lebih afdhal menggunakan air kerana air lebih berupaya dan
berkesan untuk menghilangkan najis.
Jika
menggunakan batu, diwajibkan menyapu dengan sekurang-kurangnya tiga biji batu
atau tiga penjuru dari sebiji batu dengan syarat:
1.
Najis yang hendak dibersihkan itu tidak kering.
2.
Tidak merebak ke bahagian lain.
3.
Tidak bercampur dengan najis yang lain.
Sekiranya
tidak memenuhi syarat-syarat tersebut, maka hendaklah menggunakan air.
Adab
ADAB TERHADAP GURU
Adab Murid Terhadap
Guru Mengikut Imam al-Ghazali..
1.
Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan bercium
tangan sebagai tanda
penghormatan - ikut jantina.
2. Jangan banyak bercakap di hadapan guru.
3. Jangan bercakap jikalau tidak ditanya.
4. Jangan bertanya melainkan jikalau diarah
oleh guru.
5. Jangan menyangkal kata-kata guru.
6. Jangan mengumpat pelajar lain.
7. Jangan berbisik di hadapan guru.
8. Jangan berpaling kiri dan kanan.
9. Jangan menyoal semasa guru kepenatan.
10. Berdiri apabila guru bangun (ketika guru
keluar dan masuk).
11. Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan
walau 1000 kali.
12. Rujuk guru dalam memilih ilmu.
13. Jangan duduk tempat guru.
14. Jangan berjalan di hadapan guru kecuali
darurat.
15. Jangan ketuk pintu berulang kali hingga guru
kelua menemuinya.
16. Sentiasa mendapat keredhaannya dan jauhkan
kemurkaannya.
17. Muliakan anak-anak guru.
18. Selalu berhubung dengan guru.
19. Elakkan tidak menziarahi guru lebih 40 hari.
Ini boleh mengurangkan
keberkatan ilmu.
20. Selalu mendoakan guru selepas setiap solat
lima waktu.
Tuesday 17 April 2012
Saturday 14 April 2012
Makro Pengajaran Yamin Nawi
Berikut merupakan makro pengajaran saya:
Klik untuk ke video tersebut :
Makro part 1
Makro part 2
Makro part 3
Klik untuk ke video tersebut :
Makro part 1
Makro part 2
Makro part 3
Friday 6 April 2012
Tarikh / hari : 29 Mac – Khamis Masa : 09.15 – 09.45 ( 30 minit )
Kelas :
5 A Bil.
Pelajar : 24 orang
M / Pelajaran :
Pendidikan Islam ( Ibadah )
Tajuk : Tayammum
Objektif : Diakhir pelajaran murid dapat:-
-
Menyatakan
pengertian tayammum
-
Menjelaskan
rukun-rukun tayammum
-
Melakukan
tayamum.
Pengetahuan
sedia ada: Murid pernah mendengar
istilah tayammum atau pernah melihat orang bertayammum samada ditelevisyen .
Konsep
: Sentiasa menjaga kebersihan dalam kehidupan seharian
Bahan : Komputer / LCD
Nilai : Istiqamah melakukan solat walaupun
dengan bertayammum
Kemahiran : Menyenaraikan
Mengelas
Langkah/
masa
|
Isi
Pelajaran
|
Aktiviti
Pengajaran dan Pembelajaran
|
Catatan
|
|
Aktiviti Guru
|
Aktiviti
Murid
|
|||
Set Induksi
( 3 minit )
|
Tayangan .
( Pelajar patah
kaki, tidak boleh berwuduk )
|
Bersoal jawab secara ringkas tentang tayangan yang ditonton oleh semua murid.
|
Memberi jawapan secara lisan terhadap soalan guru
|
Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk.
|
Langkah 1
( 8 minit )
|
( Aras 1 )
Takrif
tayammum dan rukun tayamum
|
Guru menayangkan slid pengertian tayammum dan
rukun tayamum.
Tayammum ialah menyapu debu tanah ke muka dan dua
tangan hingga ke siku sebagai ganti wuduk atau mandi wajib dengan
syarat-syarat tertentu
Rukun tayamum ialah
-niat
-memindahkan debu tanah ke muka dan dua tangan
-menyapu debu ke muka
- dua belah tangan hingga ke siku
-tertib
|
Murid menonton tayangan yang ditayangkan.
Murid sama-sama membaca niat tayamum
|
-Guru menayangkan pengertian dan rukun tayamum.
-Guru pastikan semua murid menonton dan sama-sama
membaca niat tayamum.
|
Langkah 2
( 10 minit )
|
Tunjuk cara / amali melakukan tayamum
|
Guru melakukan amali tayamum dan meminta semua
murid memerhati dengan sempurna.
|
Beberapa orang murid dipanggil ke depan untuk melakukan amali
tayamum.
Guru membetulkan kesalahan murid agar dapat
melakukan tayamum dengan sempurna.
( Murid yang tidak dipanggil ke depan memerhati rakan mereka melakukan tayamum )
|
|
Langkah 3
( 5 minit )
|
Penilaian
|
Guru mengedarkan latihan kepada murid.
Guru pasti semua murid menjawab latihan yang
diberikan.
|
Murid menjawab latihan penilaian yang diberikan
oleh guru.
|
Pastikan semua murid menghantar latihan penilaian
yang diberikan.
|
Penutup
( 4 minit )
|
Pengertian Tayammum dan rukun tayammum
|
Guru menayangkan semua pengertian tayammum dan rukun tayammum
|
Murid membaca secara beramai-ramai pengertian
tayammum dan rukun tayammum
|
Guru memberi pujian sebagai pengukuhan
|
Refleksi :
لمبرن
فنيلاين.
ايسي تمفت كوسوغ دغن
جوافن يغ بتول.
سوخي
|
نية
|
ترتيب
|
أير
|
سيكو
|
1 – تيمم
اياله مثافو دبو تانه يغ ___________ كموك دان كدوا تاغن هيغض
ك
__________ دغن شرط-شرط ترتنتو.
2 – حكوم
برتيمم اداله واجب كتيك كتياداءن __________ اتاو ساكيت يغ تيدق بوليه
مغضوناكن اير.
3- روكون تيمم اياله
:
-
______________
-
مثافز
دبو تانه كموك
-
مثافو
دبو تانه فد كدوا-دوا تاغن هيغض كسيكو
-
_______________
Wednesday 4 April 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)