ISTINJA'
PENGERTIAN
ISTINJA’
Istinja’
bererti menghilangkan najis yang keluar dari qubul atau dubur dengan air atau
batu atau benda keras yang seumpama batu serta suci, dapat menghilangkan najis
dan tidak haram menggunakannya.
HUKUM
ISTINJA’
Hukum
istinja’ untuk menghilangkan najis adalah wajib.
Sunat
beristinja’ dengan batu kemudian dibasuh dengan air.
Harus
memilih untuk beristinja’ dengan hanya menggunakan air sahaja atau menggunakan
sekurang-kurangnya tiga biji batu jika dapat menghilangkan najis.
Walaubagaimanapun, lebih afdhal menggunakan air kerana air lebih berupaya dan
berkesan untuk menghilangkan najis.
Jika
menggunakan batu, diwajibkan menyapu dengan sekurang-kurangnya tiga biji batu
atau tiga penjuru dari sebiji batu dengan syarat:
1.
Najis yang hendak dibersihkan itu tidak kering.
2.
Tidak merebak ke bahagian lain.
3.
Tidak bercampur dengan najis yang lain.
Sekiranya
tidak memenuhi syarat-syarat tersebut, maka hendaklah menggunakan air.
No comments:
Post a Comment