Friday 27 April 2012

ADAB


Adab Dan Tatatertib Melawat Orang Mati

Dari Ummi Salamah katanya: Rasulullah s.a.w telah masuk menziarahi Abu Salamah sedang mata Abu Salamah terbuka, lalu Nabi s.a.w menutupnya, kemudian Baginda bersabda:
“Sesungguhnya roh apabila ia diambil oleh Malaikat akan diturut oleh pandangan mata (si mati itu)”; (mendengar yang demikian) sebahagian dari keluarganya riuh rendah (menangis dan menyebut-nyebut kemalangan yang mendukacitakan mereka), lalu Baginda s.a.w bersabda:
“Janganlah kamu menyebut-nyebut perkara-perkara yang buruk yang merosakkan kamu, tetapi sebutlah perkara-perkara yang baik, kerana Malaikat memohon supaya Tuhan kabulkan apa yang kamu katakan – baik atau buruk”, kemudian Baginda s.a.w berdoa dengan sabdanya:
“Ya Tuhanku! Ampunkanlah dosa Abu Salamah dan tinggikanlah darjatnya bersama orang-orang yang mendapat hidayah pertunjuk, dan jadilah sebagai gantinya untuk mengurus dan melindungi keluarganya yang ditinggalkan, dan ampunkanlah bagi kami dan baginya Ya Rabbal alamin, dan lapangkanlah kuburnya serta berilah kepadanya cahaya yang menerangi kuburnya.”

Sunday 22 April 2012

Wahdaniah - Akidah



Allah Bersifat Wahdaniah

Objektif:

1. Murid dapat menyatakan pengertian sifat wahdaniah.
2. Murid dapat mengetahui dalil Allah itu bersifat wahdaniah.

Wahdaniah itu adalah sifat keenam daripada sifat Allah yang 20. Wahdaniah bermaksud satu, esa, tiada dua dan tunggal.

Dikatakan Allah itu satu kerana terbukti di dalam kalimah syahadah yang pertama iaitu "أشهد أن لا إله إلا الله" yang bermaksud "aku bersaksi tiada tuhan yang disembah melainkan Allah". Allah ialah Tuhan yang satu dan tiada tuhan lagi selain-Nya.

Dikatakan Allah itu Esa berdasarkan suatu dalil Allah di dalam surah al-Ikhlas 
ayat 
1 "قل هو الله أحد" yang bermaksud "katakanlah (wahai Muhammad):
Dialah Allah yang Maha Esa".

Dalam suatu riwayat dikemukakan bahwa kaum musyrikin meminta penjelasan 
tentang sifat-sifat Allah kepada Rasulullah saw. dengan berkata: "Jelaskan kepada
 kami sifat-sifat Tuhanmu." Lalu surah al-Ikhlas turun berkenaan dengan peristiwa itu sebagai tuntunan untuk menjawab permintaan kaum musyrikin. (Diriwayatkan 
oleh at-Tirmidzi, al-Hakim dan Ibnu Khuzaimah dari Abi Aliyah yang bersumber dari Ubay bin Ka'ab. Diriwayatkan pula oleh at-Thabarani dan Ibnu Jarir yang bersumber 
dari Jabir bin Abdillah dan dijadikan dalil bahwa surat ini Makkiyah.)

Dikatakan tiada dua dan tunggal kerana cuma Allah sahaja Tuhan yang satu dan disembah oleh semua umat Islam, juga terjawab di dalam kalimah syahadah dan 
ayat surah al-Ikhlas tadi.

Berwuduk - Ibadah

Cara berwuduk dengan sempurna.





Wednesday 18 April 2012

IBADAH ( ISTIJA' )


ISTINJA'
PENGERTIAN ISTINJA’
Istinja’ bererti menghilangkan najis yang keluar dari qubul atau dubur dengan air atau batu atau benda keras yang seumpama batu serta suci, dapat menghilangkan najis dan tidak haram menggunakannya.
HUKUM ISTINJA’
Hukum istinja’ untuk menghilangkan najis adalah wajib.
Sunat beristinja’ dengan batu kemudian dibasuh dengan air.
Harus memilih untuk beristinja’ dengan hanya menggunakan air sahaja atau menggunakan sekurang-kurangnya tiga biji batu jika dapat menghilangkan najis. Walaubagaimanapun, lebih afdhal menggunakan air kerana air lebih berupaya dan berkesan untuk menghilangkan najis.
Jika menggunakan batu, diwajibkan menyapu dengan sekurang-kurangnya tiga biji batu atau tiga penjuru dari sebiji batu dengan syarat:
1. Najis yang hendak dibersihkan itu tidak kering.
2. Tidak merebak ke bahagian lain.
3. Tidak bercampur dengan najis yang lain.
Sekiranya tidak memenuhi syarat-syarat tersebut, maka hendaklah menggunakan air.

Adab


ADAB TERHADAP GURU

Adab Murid Terhadap Guru Mengikut Imam al-Ghazali..

 1.     Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan bercium 
        tangan sebagai tanda penghormatan   - ikut jantina.
2.     Jangan banyak bercakap di hadapan guru.
3.     Jangan bercakap jikalau tidak ditanya.
4.     Jangan bertanya melainkan jikalau diarah oleh guru.
5.     Jangan menyangkal kata-kata guru.
6.     Jangan mengumpat pelajar lain.
7.     Jangan berbisik di hadapan guru.
8.     Jangan berpaling kiri dan kanan.
9.     Jangan menyoal semasa guru kepenatan.
10.    Berdiri apabila guru bangun (ketika guru keluar dan masuk).
11.    Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walau  1000 kali.
12.    Rujuk guru dalam memilih ilmu.
13.    Jangan duduk tempat guru.
14.    Jangan berjalan di hadapan guru kecuali darurat.
15.    Jangan ketuk pintu berulang kali hingga guru kelua menemuinya.
16.    Sentiasa mendapat keredhaannya dan jauhkan kemurkaannya.
17.    Muliakan anak-anak guru.
18.    Selalu berhubung dengan guru.
19.    Elakkan tidak menziarahi guru lebih 40 hari. Ini boleh mengurangkan  
         keberkatan ilmu.
20.   Selalu mendoakan guru selepas setiap solat lima waktu.

Saturday 14 April 2012

Friday 6 April 2012

Tarikh / hari    :    29 Mac – Khamis              Masa : 09.15 – 09.45 ( 30 minit )
Kelas               :  5  A                                       Bil. Pelajar :  24 orang
M / Pelajaran : Pendidikan Islam ( Ibadah )
Tajuk              : Tayammum
Objektif          : Diakhir pelajaran murid dapat:-
-          Menyatakan pengertian tayammum
-          Menjelaskan rukun-rukun tayammum
-          Melakukan tayamum.
Pengetahuan sedia ada:  Murid pernah mendengar istilah tayammum atau pernah melihat orang bertayammum samada ditelevisyen .
 Konsep  : Sentiasa menjaga kebersihan dalam kehidupan seharian
Bahan    : Komputer / LCD
Nilai       : Istiqamah melakukan solat walaupun dengan bertayammum
Kemahiran :   Menyenaraikan
         Mengelas
Langkah/
masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan


Aktiviti  Guru
Aktiviti Murid
Set Induksi
( 3 minit )
Tayangan .
( Pelajar patah  kaki, tidak boleh berwuduk )
Bersoal jawab secara ringkas tentang  tayangan yang ditonton oleh semua murid.

Memberi jawapan secara lisan terhadap soalan guru
Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk.

Langkah 1
( 8 minit )
( Aras 1 )
Takrif  tayammum dan rukun tayamum


Guru menayangkan slid pengertian tayammum dan rukun tayamum.
Tayammum ialah menyapu debu tanah ke muka dan dua tangan hingga ke siku sebagai ganti wuduk atau mandi wajib dengan syarat-syarat tertentu
Rukun tayamum ialah
-niat
-memindahkan debu tanah ke muka dan dua tangan
-menyapu debu ke muka
- dua belah tangan hingga ke siku
-tertib




Murid menonton tayangan yang ditayangkan.
Murid sama-sama membaca niat tayamum
-Guru menayangkan pengertian  dan rukun tayamum.
-Guru pastikan semua murid menonton dan sama-sama membaca niat tayamum.
Langkah 2
( 10 minit )
Tunjuk cara / amali melakukan tayamum
Guru melakukan amali tayamum dan meminta semua murid memerhati dengan sempurna.
Beberapa orang murid  dipanggil ke depan untuk melakukan amali tayamum.
Guru membetulkan kesalahan murid agar dapat melakukan tayamum dengan sempurna.
( Murid yang tidak dipanggil ke depan  memerhati rakan mereka melakukan tayamum )


Langkah 3
( 5 minit )
Penilaian
Guru mengedarkan latihan kepada murid.
Guru pasti semua murid menjawab latihan yang diberikan.
Murid menjawab latihan penilaian yang diberikan oleh guru.

Pastikan semua murid menghantar latihan penilaian yang diberikan.
Penutup
( 4 minit )
Pengertian Tayammum dan rukun tayammum
Guru menayangkan semua  pengertian tayammum dan rukun tayammum
Murid membaca secara beramai-ramai pengertian
tayammum dan rukun tayammum

Guru memberi pujian sebagai pengukuhan

Refleksi :












لمبرن فنيلاين.
ايسي تمفت كوسوغ دغن جوافن يغ بتول.
سوخي
نية
ترتيب
أير
سيكو

1 – تيمم اياله مثافو دبو تانه يغ ___________ كموك دان كدوا تاغن هيغض
     ك __________ دغن شرط-شرط ترتنتو.
2 – حكوم برتيمم  اداله واجب كتيك كتياداءن  __________ اتاو ساكيت يغ  تيدق بوليه   
      مغضوناكن اير.   
3- روكون تيمم اياله :
-         ______________
-        مثافز دبو تانه  كموك
-        مثافو دبو تانه فد كدوا-دوا تاغن هيغض كسيكو
-        _______________




                                                                                                            


Wednesday 4 April 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...